Tafsiran Maklumat Ep 02

Aku start bermain bolasepak ketika berumur 9 tahun. Banyak pencapaian yang aku rangkul ketika waktu persekolahan dahulu. Dahulunya aku bermain bola sepak disebabkan taksub dengan kelincahan Marco Van Basten serta Dennis Berkamps( Ejaan please!!). Kedua-duanya permain Belanda. Sekarang apabila sudah peringkat remaja, skill permainan aku semakin hilang. Mungkin disebabkan kekurangan latihan fizikal atau training yang mencukupi. Ranking Malaysia dalam bolasepak agak terumbang ambing lagi. Dalam Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan mensasarkan bolasepak Malaysia akan melangkah ke Piala Dunia pada 2014 dan merupakan pasukan Asia Tenggara Pertama akan melangkah ke Piala Dunia. Mungkin!!!!

Tahukah Anda, Negara Pertama daripada Asia yang melangkah ke Piala Dunia adalah Indonesia. Pada 1938, Ketika di Perancis, walaupun Indonesia belum merdeka daripada kerajaan Belanda ketika itu, mereka sudah menjadi pasukan Asia pertama bermain di Piala Dunia dengan menggunakan beberapa nama yang kurang sahih ketepatannya seperti Nederlandsche Indiesche, Netherland East Indies atau Hindia Belanda.

Antara permain mereka ketika itu Bing Mo Heng (penjaga gol), Herman Zommers, Franz Meeng, Isaac Pattiwael, Frans Pede Hukom, Hans Taihattu, Pan Hong Tjien, Jack Sammuels, Suwarte Soedermandji, Anwar Sutan, dan kiri luar Nawir yang juga bertindak sebagai kapten. Mereka ini merupakan masyarakat Indonesia yang berhijrah ke Belanda dan Perancis untuk bermain bolasepak.

Leave a Reply

Formatting: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>