Asrama Barbie
November 12th, 2008 • Tulisan HiperLunatik

Agak menjengkelkan bila pertama kali tinggal di asrama. Biasalah, lepasan PMR yang terajin mengaplaykan diri untuk memasuki sekolah teknik. Akhirnya, aku dapat memasuki salah sebuah sekolah teknik di kuala lumpur yang dikelilingi sekolah - sekolah khususnya untuk golongan wanita cantik. Aku masih ingat tarikhnya, 09/02 dan ketika itulah pertama kali aku menjejaki sekolah itu. Selesai pendaftaran, aku dibawa oleh senior-senior yang begitu prihatin serta rupa paras yang menawan membawa bagasi aku ke asrama.
Dekat dorm, kemas-kemas barang, borak dengan budak baru, orientasi sendiri dan hisap rokok. Lengkap dengan paip lagi. Malam hari, aku dan 3 sekepala tidur nyenyak sehingga isyak. Datang senior yang gengster membuat spot check. Kantoi!!!. Dalam malam itu jugak aku dapat merasakan sepakan ala Beckham serta smash padu daripada senior. Prinsip senior dan prinsip dendam. Polisi asrama yang aku sendiri tak tahu bila nak berakhir. Kejahilan berterusan sehingga aku sendiri jahil terhadap mereka.
4 bulan kemudian, mesyuarat kabinet antara pelajar junior untuk dibentangkan kepada ketua gerakan gerila kami, SCARE CREWS. Dan aku tahu apa yang ada difikirkan mereka, Reformasi Junior. Ketika itu, bukan semua golongan yang hendak menyertainya, hanya segelintir sahaja. Memang itu dan terakhir Reformasi Junior yang paling trajis pernah aku tengok. Seorang sahabat aku cedera parah dikepala kerana menerima sepakan Dorm Mat DM (Ejaan please!!!). Aku sendiri mengalami luka di badan dan kesannya sehingga sekarang. Keesokkan harinya, aku dan golongan reformasi junior telah dipanggil memberi keterangan di hadapan Pegawai Polis. Aku tak cakap banyak dan hanya cakap aku sendiri terlibat dalam kejadian itu. Terima lagi satu tamparan daripada guru displin aku, Encik Samad. Cibai…..
Akhirnya keputusan dibuat oleh pihak asrama untuk membuang kesemuanya yang terlibat dalam reformasi itu. Balik rumah kena berleter dengan emak aku. Bapak aku steady siap boleh cakap ” ko pukul kuat mana? keding nak pukul orang “. 1 bulan kemudian masuk balik selepas diterima rayuan daripada pihak sekolah. Sepanjang tahun jadi insan baik walaupun dalam hati agak mual melihat senior-senior bangsat.
Ketika form 5, aku agak polisi kejahilan ini akan berterusan sehingga asrama itu ditutup. Tapi ketika form 5, aku memang mengamuk gila dengan beberapa orang ini. Sebab mereka inilah yang membuat aku sekali lagi dibuang asrama dan tidak boleh membuat rayuan lagi. Mereka-mereka ini seperti lahanat tikus dalam selimut. Aku tidak pasti sampai sekarang punca aku dibuang. Alasan yang diberikan oleh Encik Samad ialah aku menyuruh mereka ini membasuh kasut tiap-tiap hari. Memang sialkan. Alasan tidak munasabah. Aku sendiri tidak pernah membasuh kasut diasrama melainkan ketika cuti minggu 1 dan 3. Minggu 1 dan 3 pelajar dibenarkan pulang k. Semua pelajar memakai kasut hitam, habis hendak cuti sehingga putih.
Dan itu semuanya ketika waktu persekolahan, tapi sekarang tidak lagi. Dengan siapa aku hendak gaduh. Dengan adik sendiri la…
Tapi, sedikit informasi kepada semua pelajar yang menetap diasrama. Jadilah seperti apa kau sekarang, jangan mengikut nafsu, ikutlah peraturan sekolah dan laporkan kepada pihak atasan sekiranya kamu dibuli. Jangan jadi seperti aku. Ini baru sedikit aku ceritakan, banyak yang kamu tidak tahu pasal kehidupan aku diasrama. Memang terseksa tapi menyeronokkan. Aku lebih suka kehidupan diasrama kerana indenpendent. Kau sendiri tahu macam mana hendak jaga atitude kamu ketika berada situasi yang agak meyeksakan ini.
2 Responses (Add Your Comment)
-
Wah2..hehe….kelakor je..keding nk pukul orang….
memang keding pun..adeh…
story kat ostel mmg happy..
tp apakah sbb nye ko tetiba tercerita sal ostel la ni..musykil aku…[Reply]
admin Reply:
November 13th, 2008 at 12:16 pm
aku teringatkan zaman kegemilangan aku di hostel. lagi satu, sukasukasukisuki.
[Reply]