Barack Obama

Mungkin ramai yang akan menukar nama mereka atau bakal bayi dinamakan sebagai Barudin Obama atau Obama bin Loden. Kata lain, warga berkulit hitam bersandung dengan nama Obamiah. Aku manis lagi kalau dibandingkan dengan Osama Bin Laden.

Bila Barack Obama berkata :-
“It’s been a long time coming, but tonight… change has come to America,”

Kemenangan Obama mungkin disebabkan dasar luar yang dibentangkan bahawa membawa balik tentera US dari Iraq menjelang 2010 yang banyak membantu. Mungkin konfratasi mengenai mahu mengeratkan hubungan diplomatik dengan Korea Utara serta Iran berbanding McCain, pencabar beliau dalam pemilihan ke White House yang lebih memberi penekanan terhadap Korea Utara serta Iran serta menambahkan bilangan tentera ke Iraq banyak membawa pengaruh muda menyokong Obama.

Dan itu semua politik dunia. Persoalannya, impact kemenangan dengan minyak dunia? Tiada jaminan. Malaysia minyak turun tapi harga barang melambung tinggi. Mak Bapa aku merungut tak habis-habis dekat pembekal. Yang menjadi mangsa adalah aku yang banyak diberikan nasihat supaya lebih kerap duduk di rumah kerana masih ditanggungan mereka. Aku kena menjadi kura-kura berselindung dalam cakera keras (bukan hard disk, HD). Tapi lepas ini, aku bebas daripada menjadi beban tangunggan mereka. Ada pekerjaan, ada kewangan dan bertanggungjawab. Apa yang perlu dilakukan hanya menjalankan tugas dengan sebaik mungkin serta membuat report harian yang baik untuk mendapat grade yang baik.

Ini ada sedikit pesanan daripada masyarakat Tebing Barat terutamanya kanak-kanak untuk dihadiahkan kepada George W.Bush selepas penggal menjadi Presiden US berakhir Januari ini.

One Response (Add Your Comment)

  1. longlive Malaysia…hehe

    [Reply]

Leave a Reply

Formatting: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>