Bogon Tali Kaledar Belakang
November 2nd, 2008 • Pemerhatian
Dah kena baru nak insaf, tapi warganegara Malaysia takkan insaf dengan mudahnya.
Berjalan diwaktu malam selalunya boleh dikatakan selamat tanpa memakai tali kaledar ( tali pinggang. Mungkin!!). Tapi sangkaan aku meleset kalau melalui putrajaya. Mata bogon (panggilan samaran polis) seperti burung hang2 memerhatikan pergerakan kenderaan - kenderaan mencurigakan kerana itu sudah merupakan tugas mereka. Penahanan kenderaan memang dipastikan dalam keadaan baik walaupun pemanduan dalam merbahaya. Tutur kata dimulakan dengan baik dan dibalas dengan baik. Pertama kali melihat bogon bertutur baik. Kalau tidak paling ketara makian diterima. Syabas!..
Aku tak kisah pasal saman sebab bukan kenderaan aku dan memang dipaksa buat laju disebabkan ada kecemasan. Tenkiu kepada bogon kerana memberi amaran dan mengulangi lagi dan menasihatkan supaya memakai tali kaledar belakang untuk mengelakkan disaman.
Memang sudah diketahui bahawa pemakaian tali kaledar belakang di Malaysia sudah mula dikuatkuasakan. Sekarang ini pun masih dalam tempoh percubaan lagi oleh kerajaan untuk memberi peluang kepada rakyat menyesuaikan. Tapi bagi aku tidak perlu sebenarnya mengetatkan peraturan cuma bagilah ini sebagai langkah keselamatan.
Sebab mengapa dan kenapa kamu sendiri sudah ketahuinya.
Agak janggal kalau memiliki anak lebih daripada 3 orang kerana spekfikasi kenderaan hanya menyediakan 3 tali kaledar sahaja. Bagaimana kalau kamu mempunyai anak melebihi 3 orang. Hendak diikatkan di bumbung ke? Boleh dikatakan banyak keluarga memiliki anak yang ramai kerana lelaki sekarang semakin kuat meminum power root tongkat ali rasanya.
Perkongsian kenderaan adalah langkah penjimatan minyak. Perkongsian juga melibatkan ramai penumpang yang malas untuk membawa kenderaan. Dalam masa sama turut menyumbangkan gejala penyakit M ( marah, mengamuk, mengawan) kepada pemandu. Dalam penkongsian juga kadang-kadang melibatkan lebih 3 orang dan membuatkan pemakaian tali kaledar belakang tidak digunakan. Kadang-kadang perkongsian membawa satu malampetaka. Selalunya dalam perkongsian, orang bercinta duduk bercekerama sambil memadu asmara dan agak menyukarkan kalau mengenakan tali kaledar belakang.huhu..
Aku seringkali melihat kenderaan yang dikelilingi dengan polis trafik bermotor berkuasa tinggi melalui kawasan Jalan Sultan Ismail. Membosankan kerana terpaksa memperlahankan kenderaan untuk mereka. Di dalam kereta bercermin gelap, selalunya ahli politik, eksekutif, CEO akan membaca surat khabar tanpa memakai tali kaledar belakang. SO, tak salah rakyat tidak memakainya.
Bogon juga tidak memakai tali kaledar belakang. Oleh itu, jangan paksa orang ramai memakainya.
p/s : Aku pun tidak mengetahui apa yang dituliskan waktu sekarang ini. Dush!!
Recent Comments