Tragedi Pasar Malam
Published December 30th, 2008 in Pemerhatian.Semalam, ketika menghadiri Annual Dinner WI di Kuminting Golf & Resort memberi pengalaman baru bagi aku kerana dapat menyaksikan aksi-aksi menghairahkan daripada datin/puan/makcik/kakak menari poco-poco. Hairan kerana annual dinner ada tarian poco-poco. Mungkin ini ideas daripada pihak tertentu untuk diadakan tarian sebegitu. Tapi lagi merungsingkan fikiran aku disebabkan hanya 5 orang lelaki sahaja yang menghadirinya. Kelakar kan?
Ini baru topik epolig hari ini. Kamu semuanya mesti pernah melihat pergaduhan? tidak kira sesama adik-beradik, ibu bapa, kawan-kawan atau kamu sendiri yang suka bergaduh. Tapi pernah melihat pergaduhan di pasar malam? Mungkin ada sesetengah daripada kamu yang pernah berada di situasi ini. Tragedi pasar malam ini bermula apabila aku bersendirian lepaq di kedai mamak bersebelahan dengan pasar malam. Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.30 malam dengan memesan secawan sky juice sahaja ( aku keluar awal daripada annual dinner sebab tidak sanggup melihat kelibat datin/puan/makcik/kakak menari poco-poco). Peristiwa ini memang berlaku di hadapan mata aku serta disaksikan orang ramai ketika ghairah membeli dvd pirate, The Day the Earth Stood Still lakonan Keanu Reeves ( Mungkin tafsiran aku betul!!!). Pergaduhan ini melibatkan pasangan suami isteri yang mulanya hanya bertikam lidah sebelum disusuli dengan pergaduhan besar. Memang memalukan apabila kita melihat pergaduhan seperti begitu dilakukan di kawasan tumpuan orang ramai tapi itu bukan menghalangkan mereka bergaduh.
Semuanya menonton tanpa kedipan mata. Tauke dvd sempat merakam aksi mereka yang berkemungkinan besar akan dipiratekan lagi dengan menukarkan tajuk cerita apabila diburn , ” Gadis liar berpelesaran seks di Pasar Malam”. Kejadian berlaku selama 30 minit sebelum dibantu oleh lelaki berbadan sasa yang tertera perkataan Ngo Chean Weng dibelakang bajunya. Aksi spontan lelaki berbadan sasa ini menampar pasangan ini berjaya memtenteramkan pergaduhan ini. Kemudian disusuli seorang makcik yang memberi sedikit ceramah perdana kepada mereka untuk melembutkan hati pasangan ini.
Aku sendiri akan menolong menleraikan pergaduhan kalau aku berbadan sasa seperti Sylvester Stallone.
Ada peristiwa membimbangkan apabila pergaduhan ini berlaku apabila wanita itu sedang memegang bayi dalam lingkungan 9 bulan. Hampir dua kali bayi itu dijatuhkan sebelum diselamatkan oleh lelaki berbadan sasa ( hero tempat kejadian ). Kesian bayi sebab menjadi mangsa pergaduhan ibu bapa.
Tipikal Melayu. Perasaan marah, malu, takkan pudar dalam sekelip mata walaupun berlaku di depan orang ramai.
heh, nasib baik ko tak berpoco-poco skali. kalo tak, mgkin tak dapat melihat pergaduhan tersebut =p
Reply