Archive for Filem

Filem Histeria:Review

Filem Histeria : Bila Hendak Paranoid

Ya. Aku bukan pengkritik filem yang bagus dan ini merupakan entri pertama aku mengulas tentang sesebuah filem. Terdetik ingin mengulas sebab beberapa faktor yang mahu dikongsi bersama kamu. Sebagai pembuka tirai kategori filem di sebelah kanan ( sidebar default ) blog ini, aku ingin membuat ulasan tentang filem Histeria. Filem yang diarahkan oleh pengarah filem indie, James Lee yang membawa kita ke zaman persekolahan yang dijadikan plot utama cerita be-genre seram/ngeri.  Kisah 6 gadis nakal yang digelarkan ” The Pink Ladies” yang dikenakan denda oleh tuan pengetua disebabkan mempermainkan guru/ustazah/bomoh dengan berpura-pura histeria ketika cuba diubati oleh bomoh. Selama 3 hari mereka ditempatkan di bangunan lama ( hostel ) di kawasan persekolahan mereka. Plot suspens bermula apabila Junita telah mengekori Pak Degawan masuk ke dalam hutan untuk mengetahui rahsia/muslihat Pak Degawan. Bermula disini, banyak adegan membunuh, merobek leher dan kecelaruan berlaku disebabkan lembaga hitam.

Apabila berakhirnya siri pembunuhan ini, kamu yang menonton dengan teliti akan mengetahui perkaran sebenar pembunuhan ini. So, apa yang terpanggil aku untuk menulis entri kali ini disebabkan beberapa faktor. Let ceke-dut kawan - kawan…. Read more »

Lagenda 1957

Kamu semua mesti ada mempunyai sifat meminati seseorang artis/berada/lelaki/wanita tanpa memerlukan pengetahuan daripada mereka. Itu sifat semulajadi yang tidak boleh disangkalkan. Aku sendiri mempunyai idola terutamanya daripada golongan selebriti Malaysia sendiri. Banyak untuk disebut sehingga aku lupa nama mereka. Kadang-kadang, agak jangal kalau kamu yang selalu lepak dengan aku bercerita tentang muzik rock malaya, aku lebih berdiam diri kerana aku kurang pengetahuan tentang irama ini. Ya, memang ramai gerangan sahabat aku meminati muzik rock malaya era 80an dan 90an, dan semuanya cukup handal menyanyikan tanpa kesalahan lirik, tapi aku akan menukarnya kepada lirik sendiri yang banyak menggunakan bahasa rojak serta tatabahasa yang jarang orang dengar. Retro dan neutro.

Aku lebih cenderung kepada genre musik garage yang menggunakan elektronic dance music sebagai temanya. The Ting TIngs, Yeah Yeah Yeahs, The Noisettes serta The Invicibles adalah contoh musician yang kreatif menggunakan pelbagai genre muzik untuk dimasukkan dalam irama garage. Muzik garage dekat Malaysia kurang diminati bagi aku, kerana golongan muda seperti aku lebih terarah kepada dunia indie ( Hip Hop/Mat Rempit/Minah Rempit/Punk/Skin/Emo dan sekutunya juga sudah menjadi peminat indie ). Tapi dalam itu, ada group indie yang memainkan irama garage juga seperti band Pesawat.

Filem yang lebih bersifat horror/thriller adalah perkara objectives bagi aku. Banyak filem yang dihasilkan begitu mengagumkan untuk ditonton. Memang genre ini boleh membuat kamu terkencing-kecing menontonnya. Ju-On (Japan), The Punisher, The Sixth Sense, Doppelganger (Japan) dan Senrigan (Japan) antara filem-filem yang disimpan/didownload oleh aku kerana synopsis cerita yang dipaparkan berjaya menarik perhatian aku untuk ditonton. Tapi antara filem-filem yang disebutkan tadi, inilah filem yang bagi aku memang wajid ditonton, filem SAW V serta sequel-sequelnya. Kalau kamu mempunyai koleksi sequel SAW daripada satu hingga sekarang boleh dikatakan kamu seorang budak yang meminati bidang psikologi. Filem yang menggunakan medium psikologi sebagai plot utama cerita sememangnya banyak mengudang rasa suspens terhadap penonton. Dari mula sehingga akhir memerlukan kamu semua penumpuan yang jitu untuk melihat kisah di sebalik pembunuhan kejam yang dilakukan. Setiap karektor yang dibentuk membawa watak dengan begitu baik sekali. Wajib ditonton kepada mereka yang meminati genre Horror/Thriller.

Nasi Lemak Ayam Madu, Sedap bermadu-madu.

Kamilah Ghostbusters, Penyelamat Dunia Daripada Hantu